Monday, December 14, 2009

Kebenaran Bersifat Hakiki


lama tidak menjenguk bukan bermakna sudah bosan. cuma untuk membuka ruangan ini, agak liat dan memerlukan masa yang lama.

sebulan lebih sudah berlalu. namun bayangan dia yang tercinta sentiasa beraja dalam hati...wajahnya, senyuman, gurauan, rajuk, tangisan.. semua masih dalam memori. begitu indah walau adakalanya terselit kenangan yang pahit.

Dikesempatan ini, aku ingin menyatakan yang aku semakin redha dengan apa yang telah berlaku. Begitu Kuat hati aku mengatakan yang disebalik semua kejadian ini, ada hikmah yang tersembunyi. Bukan tak cinta, tapi perasaan itu nampaknya tidak akan ke mana-mana walau hati masih di selubungi dengan debunga rindu....

Setiap kali aku pejam mata, mengingati kisah duka adalah satu kemestian aku sebagai langkah permulaan cara-cara untuk aku melupakan kenangan pahit ini. mungkin dengan cara sebegitu, aku tidak lagi terkapai-kapai dalam meraih semula kasih yang telah pergi.

Aku tidak sekejam Firaun untuk mendoakan kehancuran dalam kehidupannya selepas ini. sebaliknya, walau siapapun jodoh nya selepas ini, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Perasaan cemburu memang resepi berkasih, tetapi biarlah ia menjadi dedebu kota yang berterbangan tanpa hala tujuan.

Benar kata Orang,.. Adakalanya kita terpaksa korbankan Perasaan kita demi kebahagiaan orang yang kita sayang. Jika perpisahan ini mampu memberikan kenikmatan hidup yang sebenarnya untuknya, maka aku akan restuinya. Namun jika ternyata kehidupannya selepas ini tidak menggembirakan hatinya kerana masih mengingati aku, InsyaAllah, selagi kasih aku belum beralih arah, sapalah semula hatiku...

Isk~~!!! merepek apa ntah... Sudah-sudah la... Yang berlalu biarkan lah... semoga suatu hari ada sinar sang suria, menerangi..... yer~~~!!!! terus nyanyi....

Tak ape lah.... Kita tengok saja apa yang akan berlaku lepas ini. Entah kebenaran apa yang Tuhan Cuba tunjukkan. Kita hanya perlu sabar...Doakan yang baik-baik untuk sesiapa sahaja walau mereka pernah sakiti kita.

Hidup mesti diteruskan... Biar masa yang menentukan semuanya... If ada jodoh, Adalah... If takde, usahakan lah untuk melupakannya....

Kita berhak memilih dan membuat pilihan. Suka tak suka, itu perkara kedua. Yang penting, kita jangan menyusahkan orang lain untuk memuaskan kehendak kita. ...

Melelat~~!!! Po Mo nak ehz.....

whatever... Saya berikrar... Sekali aku melangkah, tidak akan aku berpatah~~!!!!!

ada masanya, aku akan berhenti sendiri dan berpaling melupakan segala titik hitam yang telah banyak melukakan perasaan...membuang masa dan melakar sejarah luka....

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

Adios~~~!!! hidup perlu diteruskan.....

No comments:

Post a Comment