Tuesday, December 8, 2009

Kembali Pulang - 8.12.2009


waaarrgghhhh~~~!!!!

bengang... sampei kinek tok bengang. nak ni susah camya gilak ya kah... merinsak sa nyawa bah. tak org x faham2 juak. knak ngan dikpun bok cerik asa...sepik asai ta org iban...

Dia menyanyi... Anak buah aku terus kol..."Kak,"Cikgu salleh" blagu"... ahahaha... Ingat jugak dia muka... pastu adik aku anta msg, dia kata bukan men happy lagi anak buah aku tengok "CIKGU SALLEH" dia menyanyi... apa-apa je lah walau nama dia bukan cikgu salleh...

Aku??? tak tahu nak komen apa.. mcm pelik jer lirik lagu tu... aduuuiiii~~~!!!! Pastu member aku anta lagi msg... dia jadi batu api.. dia kata apa??? "cun gilak bunyi lirik lagu ya, terngenak ngenak jak bunyi. tuju ya ngan _ _ _ _ _ lagu ya kali nak na? nak kah nya 2 ya rapat gik nektok"

aku tak balas. takut bom atom yang sedia ada itu meletup...aku sabar. airmata takyah cakap..bertakung... tapi tak sempat jatuh... kenapa? sebab... aku tertengok lagi situasi yang kurang menyenangkan perasaan aku... geram tak yah cakaplah... tipu kalau aku tak cemburu... tapi aku cover.. malas nak bising... xda ikhtiar lain, aku kna balik rumah dah tenangkan diri aku...

sampai rumah, aku golek2 tas katil. kosong.. penghadaman otak yang tak sempurna.. terluka? hakikatnya. kenapa? kau masih aku cinta? knapa? kau sentiasa ada dalam angan-angan walau setiap kali aku memaksa hati untuk melupakan...

bermain dengan jiwa..mencipta harapan dan memusnahkan impian..pada siapa harus aku luahkan. derita hati yang tiada berkesudahan. aku bukan siapa-siapa yang bisa memenuhi setiap keinginan manusia lain. aku cuma ada cinta yang telah aku serahkan sepenuhnya untuk dia sehingga tidak bersisa untuk insan lain....

Aku sepatutnya paksa hati aku. aku kna nekad. jangan mengalah. sampai bila harus berada di dalam dilema. walau apa yang terjadi dengan aku selepas ini, biar aku sendiri yang tanggung kerna aku tahu dia tidak akan sanggup...sanggup apa? biar antara aku dan dia...

benar, cinta memerlukan pengorbanan. dan aku harus korbankan perasaan aku untuk kebahagiaan dia.... aku harus korbankan perasaan aku untuk kegembiraan dan ketenangan dia... dan aku harus korbankan segalanya demi dia yang tercinta....

Aku harus sedar jika apa yang telah aku terima sedikit demi sedikit hari ini merupakan jalan untuk aku teruskan hidup aku... aku harus sedar semua tu.... aku kna lupakan sejarah luka yang banyak membuang masa aku... banyak bazirkan airmata dan perasaan aku....

Tak perlu menipu...tak perlu berpura-pura untuk menjadi orang lain. jadilah diri sendiri.. tepuk dada, tanya selera....

"Lupakan apa yang telah menyakitimu.Buang jauh-jauh semua kenangan duka..Jangan biarkan perasaan kecewa terus menjadi raja dalam hidupmu. Buka saja langkahmu walau hakikatnya engkau tak sanggup untuk meninggalkannya. sampai bila engkau harus begitu? mengharap sesuatu yang tak pasti? sampai bila harus menunggu sesuatu yang tak mungkin akan KEMBALI PULANG... engkau harus sedar, perjalanan masih panjang. Raih saja apa yang terbentang di depan mata selagi bukan menyiksa perasaanmu. jangan terus berpegang kepada angan-angan yang bayang-bayangnya semakin lepas dari pegangan...bla..bla...bla..."

aku??? Biar masa yang menentukan segalanya. Sabarlah sementara masih mampu. bertahanlah sementara rindu masih bertamu..... dan ada ketikanya nanti...kau akan sedar sendiri apa yang patut kau lakukan dan buktikan pada dunia...

Cari jalan penyelesaian yang tidak melukakan kedua-dua belah pihak. Buka mata dan minda apa faedahnya.... Ingat~~~~!!!!!

No comments:

Post a Comment