Friday, November 27, 2009

Selamat Malam Cinta


Selamat Malam

malam ini aku rasa tenang... setelah aku fikirkan banyak jurang dan banyak cabang... Aku terdampar di pantai sepi.... Menanti pasangnya air laut dan mengharap dapat menikmati terbenamnya mentari jingga.

Aku hembuskan nafas sedalam-dalam cinta ku padanya.. untuk aku tenangkan hati yang sedang gundah gulana. Seketika aku terkenang akan memori luka yang banyak membuang masa aku selama sebulan ini. Meratap dan menangis... mengharap agar hilangnya kesakitan yang tertusuk di hati. tapi kini, bila aku putar semula waktu dahulu, betapa TUHAN itu MAHA ADIL... setiap apa yang berlaku pada hari ini, menjanjikan sesuatu untuk kemudian hari.

Aku tersenyum sendiri bila aku putar kembali tentang kekalutan perasaan yang berlaku. betapa lemahnya diri aku. aku tidak ingin keadaan itu bermula semula... aku lebih suka akan kehidupan yang ceria tanpa air mata, tanpa sengketa, tanpa dusta dan tanpa luka....

Dan kini, perasaan yang seringkali memberontak dahulu semakin tenang, perlahan-lahan berengsot pergi. Aku tidak tahu mengapa... tapi aku perlu biasakan diri untuk menerima hakikat ini. aku perlu biasakan diri untuk hadapi apa-apa jua rintangan selepas ini. tersenyum dan redha.....

Terima kasih cinta kerana banyak bangunkan aku dari lena... Aku mengharapkan sesuatu yang baru selepas ini tanpa berpaling kepada masa silam. Ku relakan kebahagiaan yang menantimu dengan kerelaanmu... Aku akan redha dan terima semuanya apa adanya aku. Perasaan halus yang seringkali bergayut di tangkai hati, akan aku abadikan sehingga terhentinya nadi....

No comments:

Post a Comment