Tuesday, November 3, 2009

Sepi Sekeping Hati


Semalam aku mencuba lagi untuk menghubungi nya, seperti hari-hari yang sebelumnya, masih dingin dan kaku.Perasaan sebak menjalar dalam hati menyebabkan aku terpaksa menahan sendu yang semakin menjadi. Entah mengapa, aku rasa semakin takut dan kelam kabut. Aku tidak sanggup malah tidak ingin untuk mengingatinya skalipun. Gambar cinta kami berdua aku tatap penuh syahdu dan segaris senyuman terukir di bibir bila aku kenang semula saat-saat indah kami berdua. Tapi, sedikit sebanyak aku sedar.... Kami semakin jauh dan tidak tercapai dek tangan.. Airmata merembes keluar semahunya, terus terang aku katakan, luluh terasa jantung aku bila aku kenangkan akan hubungan yang hancur angkara perbuatan aku sendiri. Sesungguhnya aku menyesal...Tetapi apakan dayaku, takdir telah menentukan semuanya. Untuk merayu? Oh tidak... tidak akan sekali-kali aku lakukan kerana... dia berubah kerana aku... dia terlalu baik untuk aku. Aku telah menabur cela dalam hubungan kami. Tapi tahukah dia, perasaan aku tak pernah berubah... Aku akui, aku kurang berkongsi suka duka aku dengannya dalam apa jua hal skalipun, tapi..aku terjerat.... Andai TUHAN memberikan peluang kedua untuk kami, akan aku hargai perhubungan yang semakin ke garisan penamat ini.... Duhai hati.....bersabarlah...

No comments:

Post a Comment