Monday, November 2, 2009

Duhai Hati


Duhai hati...Engkau tidak pernah tenang sejak akhir-akhir ini. Malam tadi aku bermimpi lagi, di mana aku duduk semeja dengan dia dan seorang perempuan yang mempunyi tahi lalat di tepi dagu.. Aku hanya duduk dan menjadi pemerhati yang aku tidak tahu apa puncanya aku ada di situ dan kenapa aku harus berada di situ sedangkan perempuan tersebut suatu ketika dahulu pernah menimbulkan sengketa di antara kami. Aku hanya memerhati dan memandang dengan hati yang penuh sayu kemesraan yang mereka tunjukkan malah ada seorang kanak-kanak yang aku cukup kenal ada bersama mereka. sedih dan terkilan, HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI.. tanpa aku sedar, aku turut menitiskan air mata... dan air mata yang mengalir itu membuatkan aku terjaga dari mimpi yang aku tidak mahu tahu kesudahannya... Aku terjaga dan masih ada sisa tangisan di tubir mataku. aku memandang jam yang sedang menunjukkan pukul 3.20am... Duhai hati.. bersabarlah...... TUHAN MAHA MENGETAHUI SEGALANYA......

No comments:

Post a Comment