Saturday, November 7, 2009

Hidup perlu diteruskan...


Isk-isk-isk...best jugak lagu meraung nih... dah lama bebeno tak dengar lagu nih. time hati tengah diusik kepiluan ni, seronok jugak layan jiwang. Makin la hati tambah sedih. Tapi orang kata, hidup perlu diteruskan. Tadi aku tanya abang aku, kenapa kebanyakan lelaki tidak peduli perasaan wanita yang ditinggalkan oleh mereka.... Kebanyakkan ok.. bukan semua.. Lalu abang aku menjawab, untuk pengetahuan nko, semua tu ada hikmah disebaliknya. Mungkin lelaki tersebut hendak menyerahkan perempuan yang ditinggalkannya kepada orang yang lebih layak untuk perempuan tersebut memandangkan lelaki tersebut tidak berkemampuan untuk memenuhi kehendak perempuan tersebut. Ada lagi, dorang tinggalkan perempuan (GF) adalah untuk memberi pengajaran kepada perempuan tersebut supaya bijak menghargai. Kerana, kebanyakkan perempuan, walau pun tidak semua, akan jatuh egonya bila kekasih hati bertindak meninggalkan dia. Kenapa abang aku cakap ego perempuan jatuh, sebab ada yang merayu untuk dikasihani dan berjanji akan berubah. Lagi satu abang aku kata, orang lelaki, kadang kala walaupun dah meninggalkan kekasih dorang, dorang masih ambil kisah. Ada ketikanya dorang buang sebab dorang dah tak suka, mungkin juga kerana ada perempuan lain yang lebih menarik minat mereka...Jadi, point nya disini ialah, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor... Tapi bagi saya, memang bunga banyak, kumbang pun banyak, tapi untuk mencintai seseorang sebagaimana aku mencintai dia, adalah sangat sukar. Aku cinta dia lebih dari apa yang aku telah berikan cinta pada first love aku.. aku sayang dia... aku cinta dia... aku sentiasa rindu dia.. tapi aku tak ada keberanian nak ungkapkan... kenapa? sebab aku takut hati aku menipu... kenapa? sebab aku takut aku terluka... kenapa? sebab luka di hati amat menyeksakan.. tapi skarang, hidup perlu diteruskan.... Ambik sebagai pengalaman.... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment