Tuesday, November 3, 2009

Hari Yang Suram


Oh~~!!!! pagi-pagi dah hujan. Dengan perasaan aku yang renyuk ini, aku tetap gagahi kaki yang lemah untuk bangun dan menuju ke bilik mandi. Jam telah menunjukkan pukul 5.25am... Aku mandi sepuasnya. Cuba meredakan jiwa yang gundah gulana. Aku semakin takut bila mengingatkan penyelesaian masalah kami pada hari sabtu ini. Kalau boleh, aku tak nak ada hari sabtu dalam minggu ini. AdooOOoohhh.. Pening... semalaman aku menangis sehinggakan aku tertido. Aku dah lama tak rasa perasaan sebak sebegini. Terlalu menghimpit rasa dan menyengat naluri kewanitaan aku. Habis mandi, aku siap-siap nak turun kerja. Tanpa secalit gincu or mekap, aku turun ke pejabat dengan baju yang tidak di iron. Langsung tiada minat aku untuk meneruskan pekerjaan... Rasa nak baring-baring dan dan sembunyi bawah selimut jerk. Tapi bila ingat akan tanggungjawab, aku mesti turun dengan mata yang sembab... merah dan bengkak. Aku rasa pilu semacam. Sayu tak payah cakap la... dengan mudah je titis mutiara bergolek keluar dari kelopak mata aku.. Aku termenung seketika sebelum aku mengambil fail perpindahan pelajar antara bahagian di atas meja aku. AdoOOoh... Semangat~~~!!!!!! aku kena teruskan hidup. Tapi, untuk sementara waktu ini, aku tidak mampu untuk menyingkirkan kenangan manis yang menggigit tangkai hati aku ini...

Sebak rasa di hati aku saat aku terpandang gambar kami di dalam frame atas meja itu. Aku memusingkan gambar tersebut agar pandangan aku lari ke arah lain. tetapi aku tidak sampai hati. betapa berharga gambar tersebut dalam hati aku. Aku tak sanggup kehilangan cinta yang telah aku semai sekian lama... Apa harus aku lakukan untuk membiasakan hidup aku tanpa kehadirannya selepas ini. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba Mu ini. Sesungguhnya, Hanya Engkau Tuhan Yang Maha Mengasihi...

No comments:

Post a Comment