Wednesday, November 25, 2009

Keliru....di Hujung Rindu.....


Bila diingat balik, aku sebenarnya keliru. Aku bermimpi dan aku harus bangun menongkah arus. Aku harus kuatkan hati dan semangat yang semakin rapuh. lemas dalam meniti kehidupan... seumpama mencari bayang2 di dalam terang...

Bila aku akan sedar yang semuanya dah berakhir? semuanya sudah hancur? semuanya sudah KOSONG... tapi aku masih berdamping... masih melayan kerenah macam biasa... masih mengabadikan kasih untuknya.... aku tak pernah inginkan hati yang rawan begini, tapi semakin aku cuba, desakan air mata mematahkan segalanya... bila aku kenang semula, betapa aku telah jauh tersesat di dalam mencari cinta yang hilang. aku korbankan semuanya semata-mata untuk mendapatkan semula cinta yang telah tiada. tapi sampai bila semua ini berakhir... kapan??? kata orang indon...

Aku tahu dan sedar, ada masanya aku akan berhenti sendiri...Aku akan jemu dan akan berpaling dari cinta nya. Dulu.... airmata aku memang murah untuknya.... tapi skarang, aku dapat rasakan yang aku sudah kekurangan airmata...Time menaip benda ni pun, aku rasa nak nangis, tapi tiada airmata yang mengalir, cuma rasa sayu dan hiba yang teramat sangat tentang apa yang berlaku hari ini....

Apa yang aku tahu, aku banyak makan hati... aku "OK" kan semuanya walau hakikat nya hati aku menjerit "TIDAK".. tapi aku pendam demi selamatkan satu harapan yang aku tak pasti akan penyudahnya... Aku tunggu, tunggu dan tunggu... tapi dia bersama "ORANG" lain...orang yang pernah dikecam nya di depan aku... hati siapa yang tahan? Memang aku sudah tidak layak untuk mempersoalkan hidupnya, tapi... aku juga masih ada perasaan yang minta di jaga... Dan aku dapat rasakan, aku dah penat tanggung jeritan hati....

Dulu, aku berniat berubah untuk cintanya, tapi kini, aku perlu berubah untuk kehidupan aku yang seterusnya.. walau tanpa dia disisi... Aku akan melangkah pergi dan meninggalkan serpihan luka di sudut hati yang aku dapat rasa akan ketandusannya...

Ah~~!!! Aku rasa macam nak meraung je.... Tapi,,, tanpa aku sedar, setitis demi setitis air jernih menjamah pipi... Aku menangis~~!!! oh tidak.... aku tak boleh nangis dah~~!!! malu kalau orang nampak~~!!! Apa yang merisaukan hati aku, jam dah pukul 1.23am... dan aku tak tahu dia di mana and bersama siapa... sampai2 dia suruh aku tidur... dan aku dapat rasa dia tak nak diganggu~!!!! waaarrrggghhhhh~~~!!!!! ada peningkatan~~!!! mana2 lah sia....

dia kata dia busy sangat2 hari ni... yer??? Sampai jam skarang ni masih busy.... dia busy jumpa dengan banyak orang hari ni.. termasuk juga jumpa yang satu tu.. memang dia busy sangat2... dan skarang ni dia jumpa sapa lagi ntah, aku pun tak tahu..maklumlah....isk~~!!!! jahatnya otak~~!!! sengal~~!!!

Suka hati dia lah nak buat apa2 pun... aku dah tak boleh nak sibuk2 hal dia dah walaupun aku masih nak sibuk jugak.... sedih siot~~~!! susah nya aku nak buang chenta yang tengah meranum itu.... Bila kitorang jumpa, dia sibuk2 msg / kol ngan ntah sapa2.... tapi bila dia jumpa dengan orang lain yang ntah sapa2, susah betol dia nak reply msg aku... susah sangat. Aku tak tahu mana timer yang sesuai.... kalau ada pun, lepas tengah malam.. itupun kalau dia "tak sibuk jumpa orang lain".... dia msg aku kejap, pastu bagi tau nak tidur...urm... tu jer.....benda yang berlaku akhir2 ni lah yang menuntut aku untuk berfikir panjang dan aku semakin dapat jawapannya... Yang pasti, belum ada cahaya dan masih samar2 di persimpangan...

AKu dah penat makan hati.. dah loya dan rasa nak muntah2 dah.... Aku semakin tak lalu bila aku semakin banyak merenung ke hadapan... bukan merenung kawasan di sekitar sahaja.... kata-kata kawan aku selama ini sedikit sebanyak semakin meresap dalam hati aku... ada benarnya dan aku sungguh menyesal akan hakikat itu.. :(

Aku kena bertenang dan buka mata luas2.. perjalanan masih panjang dan aku akan jumpa manusia yang lain ragam pula selepas ini.. Tapi, adakah aku akan jumpa chenta seperti chenta yang telah aku habiskan untuknya... Whatever... Habis bulan 11 ni, aku akan pastikan yang semuanya dalam keadaan terkawal... itu je yang aku harapkan... Hal hati dan perasaan yang terluka, itu belakang kira... Aku dah penat dan bosan~~~!!!!!!! aku dah tak sanggup nak menahan rasa CEMBURU~~~!!!! Aku tak pernah curang~~~~~!!!!!! tapi kenapa semua ini berlaku~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aoohhhh~~~!!!!!!! JAHAT~~!!!!!! AKU BENCI~~~!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment