Friday, November 27, 2009

Selamat Malam Cinta


Selamat Malam

malam ini aku rasa tenang... setelah aku fikirkan banyak jurang dan banyak cabang... Aku terdampar di pantai sepi.... Menanti pasangnya air laut dan mengharap dapat menikmati terbenamnya mentari jingga.

Aku hembuskan nafas sedalam-dalam cinta ku padanya.. untuk aku tenangkan hati yang sedang gundah gulana. Seketika aku terkenang akan memori luka yang banyak membuang masa aku selama sebulan ini. Meratap dan menangis... mengharap agar hilangnya kesakitan yang tertusuk di hati. tapi kini, bila aku putar semula waktu dahulu, betapa TUHAN itu MAHA ADIL... setiap apa yang berlaku pada hari ini, menjanjikan sesuatu untuk kemudian hari.

Aku tersenyum sendiri bila aku putar kembali tentang kekalutan perasaan yang berlaku. betapa lemahnya diri aku. aku tidak ingin keadaan itu bermula semula... aku lebih suka akan kehidupan yang ceria tanpa air mata, tanpa sengketa, tanpa dusta dan tanpa luka....

Dan kini, perasaan yang seringkali memberontak dahulu semakin tenang, perlahan-lahan berengsot pergi. Aku tidak tahu mengapa... tapi aku perlu biasakan diri untuk menerima hakikat ini. aku perlu biasakan diri untuk hadapi apa-apa jua rintangan selepas ini. tersenyum dan redha.....

Terima kasih cinta kerana banyak bangunkan aku dari lena... Aku mengharapkan sesuatu yang baru selepas ini tanpa berpaling kepada masa silam. Ku relakan kebahagiaan yang menantimu dengan kerelaanmu... Aku akan redha dan terima semuanya apa adanya aku. Perasaan halus yang seringkali bergayut di tangkai hati, akan aku abadikan sehingga terhentinya nadi....

Wednesday, November 25, 2009

Keliru....di Hujung Rindu.....


Bila diingat balik, aku sebenarnya keliru. Aku bermimpi dan aku harus bangun menongkah arus. Aku harus kuatkan hati dan semangat yang semakin rapuh. lemas dalam meniti kehidupan... seumpama mencari bayang2 di dalam terang...

Bila aku akan sedar yang semuanya dah berakhir? semuanya sudah hancur? semuanya sudah KOSONG... tapi aku masih berdamping... masih melayan kerenah macam biasa... masih mengabadikan kasih untuknya.... aku tak pernah inginkan hati yang rawan begini, tapi semakin aku cuba, desakan air mata mematahkan segalanya... bila aku kenang semula, betapa aku telah jauh tersesat di dalam mencari cinta yang hilang. aku korbankan semuanya semata-mata untuk mendapatkan semula cinta yang telah tiada. tapi sampai bila semua ini berakhir... kapan??? kata orang indon...

Aku tahu dan sedar, ada masanya aku akan berhenti sendiri...Aku akan jemu dan akan berpaling dari cinta nya. Dulu.... airmata aku memang murah untuknya.... tapi skarang, aku dapat rasakan yang aku sudah kekurangan airmata...Time menaip benda ni pun, aku rasa nak nangis, tapi tiada airmata yang mengalir, cuma rasa sayu dan hiba yang teramat sangat tentang apa yang berlaku hari ini....

Apa yang aku tahu, aku banyak makan hati... aku "OK" kan semuanya walau hakikat nya hati aku menjerit "TIDAK".. tapi aku pendam demi selamatkan satu harapan yang aku tak pasti akan penyudahnya... Aku tunggu, tunggu dan tunggu... tapi dia bersama "ORANG" lain...orang yang pernah dikecam nya di depan aku... hati siapa yang tahan? Memang aku sudah tidak layak untuk mempersoalkan hidupnya, tapi... aku juga masih ada perasaan yang minta di jaga... Dan aku dapat rasakan, aku dah penat tanggung jeritan hati....

Dulu, aku berniat berubah untuk cintanya, tapi kini, aku perlu berubah untuk kehidupan aku yang seterusnya.. walau tanpa dia disisi... Aku akan melangkah pergi dan meninggalkan serpihan luka di sudut hati yang aku dapat rasa akan ketandusannya...

Ah~~!!! Aku rasa macam nak meraung je.... Tapi,,, tanpa aku sedar, setitis demi setitis air jernih menjamah pipi... Aku menangis~~!!! oh tidak.... aku tak boleh nangis dah~~!!! malu kalau orang nampak~~!!! Apa yang merisaukan hati aku, jam dah pukul 1.23am... dan aku tak tahu dia di mana and bersama siapa... sampai2 dia suruh aku tidur... dan aku dapat rasa dia tak nak diganggu~!!!! waaarrrggghhhhh~~~!!!!! ada peningkatan~~!!! mana2 lah sia....

dia kata dia busy sangat2 hari ni... yer??? Sampai jam skarang ni masih busy.... dia busy jumpa dengan banyak orang hari ni.. termasuk juga jumpa yang satu tu.. memang dia busy sangat2... dan skarang ni dia jumpa sapa lagi ntah, aku pun tak tahu..maklumlah....isk~~!!!! jahatnya otak~~!!! sengal~~!!!

Suka hati dia lah nak buat apa2 pun... aku dah tak boleh nak sibuk2 hal dia dah walaupun aku masih nak sibuk jugak.... sedih siot~~~!! susah nya aku nak buang chenta yang tengah meranum itu.... Bila kitorang jumpa, dia sibuk2 msg / kol ngan ntah sapa2.... tapi bila dia jumpa dengan orang lain yang ntah sapa2, susah betol dia nak reply msg aku... susah sangat. Aku tak tahu mana timer yang sesuai.... kalau ada pun, lepas tengah malam.. itupun kalau dia "tak sibuk jumpa orang lain".... dia msg aku kejap, pastu bagi tau nak tidur...urm... tu jer.....benda yang berlaku akhir2 ni lah yang menuntut aku untuk berfikir panjang dan aku semakin dapat jawapannya... Yang pasti, belum ada cahaya dan masih samar2 di persimpangan...

AKu dah penat makan hati.. dah loya dan rasa nak muntah2 dah.... Aku semakin tak lalu bila aku semakin banyak merenung ke hadapan... bukan merenung kawasan di sekitar sahaja.... kata-kata kawan aku selama ini sedikit sebanyak semakin meresap dalam hati aku... ada benarnya dan aku sungguh menyesal akan hakikat itu.. :(

Aku kena bertenang dan buka mata luas2.. perjalanan masih panjang dan aku akan jumpa manusia yang lain ragam pula selepas ini.. Tapi, adakah aku akan jumpa chenta seperti chenta yang telah aku habiskan untuknya... Whatever... Habis bulan 11 ni, aku akan pastikan yang semuanya dalam keadaan terkawal... itu je yang aku harapkan... Hal hati dan perasaan yang terluka, itu belakang kira... Aku dah penat dan bosan~~~!!!!!!! aku dah tak sanggup nak menahan rasa CEMBURU~~~!!!! Aku tak pernah curang~~~~~!!!!!! tapi kenapa semua ini berlaku~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aoohhhh~~~!!!!!!! JAHAT~~!!!!!! AKU BENCI~~~!!!!!!!!!!!

Saturday, November 21, 2009

Lagu Buat Chenta


Desiran Ombak Yang menyentuh pantai
Alunan Angin Yang Mengasyikkan
mendamai hati dan bergelora di sanubari
Merungkai rasa seribu erti
Cinta yang tidak ku miliki lagi

Dedaun yang berguguran menyentuh pipi
seperti singgahnya ingatanku pada cinta
yang telah hancur dan berkecai
menggamit kenangan di mana aku terluka
Jatuh di lubuk kasih yang tiada di pantai hatinya

Kini aku sedari
mencintai tak semestinya memilki
walau cinta tiada duanya
walau kasih tiada penghujung
walau rindu tiada batasnya
jika memang bukan milik kita
pasti tak tergapai bahagia...

Hujung Minggu Yang Semakin Menenangkan


Alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku semakin tenang sekarang ni... Terpulang la org nak kata aku demand ke, sombong mombong ke, riak takbur ke.. whatever.. Janji layanzzz~~!!!! Tapi jauh di sudut hati ini, meraung... menanah~~!!!! Tapi, demi cintaku padamu... isk~~!! melelat...

Tapi sebentar tadi, aku tak dapat tahan. time tengah relax2 dalam bilik... perasaan aku sayu tetiba bila aku teringatkan kenangan kami semasa kami berada Garden Lake... Jogging, beri ikan makan...mcm2 la... aDooh... banyak sangat kenangan...Tapi apakan daya, semuanya dah jadi igauan... yang boleh menyebabkan aku tak keruan...

Abaikan la...tak baik sedih-sedih....

Senyum~~~!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Penat... -18.11.09-


Semalam ada MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2009..

sengal. lenguh. dan kawasan yang setaraf dengannya. tak tahu nak cakap apa... penat sangat... pagi kol 6.30am, masuk kerja... pastu balik rumah jap... nak cek hp... maklumlah, kat kwsn pedalaman 2 ni, bukannya mcm kat bandar, sana sini ada line tpon (kemungkinan besar la).... tu yang terpaksa tinggalkan hp kat rumah. siap gantung kat tingkap lagi ni... tengok ada msg dr seseorang yang sentiasa bertahta di hati....TQ sebab tidak melupakan diri hamba ini... Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang..... anak sungai pun berubah, ini pula hati orang...isk~~!!! melelat....

aku balik rumah pun semata-mata nak cek msg jerk....pastu..ambik semua alat mekap, nak p solek budak2 yang ada buat persembahan...marvelous,perfect~~!!! isk~~!!! pa jak la...

pas siap semua, pi dewan lagi sebab kita jadi ketua untuk penyelaras sijil dan hadiah.. penat~~!!

dah la dari pagi tadi lagi belum makan dan minum... lemah jugak kepala lutut aku dibuatnya... acara habis dalam 4.45pm mcm tu....pastu, terus sambung pi tolong orang masak dekat dapur... masak sayur campur.... tengah syok2 masak kat dewan makan tu, GB panggil.. suruh saya turun ofis, tolong dia siapkan pertukaran keluar pelajar.... kenapa la dorang ni pindah last minit mcm ni....huh~~~!!!!

pastu balik rumah jap, cek msg.. sempat anta msg kat dia yang tersayang... sampai sekarang ni la...

pastu turun lagi dewan makan. tolong edarkan kupon untuk meja makan....Kaki lenguh tak payah cakapla... dari pakai high hill, terus pakai selipar jepun.. penat tumit wa cakap lu...

Urm...kol 7 pm, ada dinner.. aku tak mandi pun. still pakai baju yang aku pakai pagi tadi.. aku peduli apa... bukan apa,bau minyak wangi RARE GOLD tu memang tahan lama.. jangan teragak-agak nak beli k... tolong sambut tetamu jugak... Alahai~~!!! Pusing....

Lepas tu dorang ada buat karaoke/pertandingan menyanyi.. jadi lak siaraya kejap... "teknisyen" yang tidak bertauliah.. Apa-apa je lah...

Mata mengantok.... sebab, beberapa malam dah saya tak tidur lena.. paling lama tidur pun, 2 jam setengah...

Bila tengok jam kat dinding, dah pukul 12.57am... aduh~~!!!! tak mandi... saya terpaksa bagi tahu kat pengerusi yang saya penat dan nak balik.. nak mandi.. saya tak menjamah apa-apa pun...

Tapi dalam kesibukan saya itu, dia masih dihati dan fikiranku... hanya .... demi nama cinta......


SEKIAN, terima kasih...

Monday, November 16, 2009

Bertahta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Best~~!!!! Layan.. beguna juak lagu tok time angin x bagus....

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2009


Aku agak sibuk hari ni. Memandangkan hari ini ada raptai untuk MPS&H esok.... Urm.... Tapi, korang tau aku jenis macam mana kan, aku tetap ingat kat dia. Entahlah, rasa rindu yang tak pernah surut. Berapa lama agaknya untuk aku merawat luka yang terpendam ni... sedih jugak aku... Kenapa la kami boleh mcm ney. tak terfikir langsung dek aku akan perpisahan yang tak pernah aku jangka... AdoOOooh~~!~~!! memang parah jiwa aku... AKu kena sabar dan banyakkan senyum.. hehehehe... yelah tu, dalam hati siapa yang tahu... i love him so much... Aku cuma kena kuatkan diri aku.. jangan mudah melatah dan banyak bersabar... Biar masa yang menentukan dan aku akan pastikan yang aku akan buat yang terbaik untuk Aku sendiri... dan... semestinya dia dan cinta...ada gik jak...

Kanan-kanak yang nakal2 dan mem.... huh~~!!! ada masanya hati terhibur di saat melihat senyuman ikhlas dari mereka yang belum bisa mengerti betapa memikul tanggungjawab itu adalah sesuatu yang berat...

Penat Yang Melenguhkan


Aku penat sangat hari ini. Aku tak tahu kenapa. Pening kepala, badan lemah.....isk~~!!! yang pasti... dengan harapan yang ada, aku kena teruskan hidup yang aku tak pasti sampai bila nyawa aku masih bertahan... Aku tak tahu, kenapa aku seringkali fikirkan benda2 yang karut sejak akhir2 ni.. Kematian, hari kiamat...Urm... Sengal.... Tak Pe lah... HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI. Moga tiada apa-apa yang berlaku...Amin...

Isnin Dengan Harapan


Yer~~~!!!

Pagi tok tek, saya sempat bersalam dengan papa b4 saya berangkat ke sekolah.. Agak melambung-lambung jugak perasaan saya pada tika itu.. Bahagia walau hanya saya yang tahu akan batasnya... Tapi tak apa... Saya masih menyimpan harapan yang dia bekalkan.....

Rasa nak bershuffle jerk...well... happy katakan.. watever la...

Terima kasih cinta~~~!!!!

Hari Ahad Yang Membahagiakan.. 15.11.2009


Aku tak tahu... kenapa..sebab ada someone yang temankan aku dr pagi sampei ke malam....best.. Alhamdulillah sebab kurniakan HambaMu ini kebahagiaan walau hanya seketika... Saya tidak akan lupa o... ingat itu.... Makseh sayang... yer~~!! alu sayang.... ahaksz~~!!!

Sehappy kanak-kanak comel inilah perasaan saya tika someone ada disisi...

Saturday, November 14, 2009

Terkadang...


Bila aku ingat kembali masa bahagia, airmata pasti membasahi pipi memandangkan kenangan itu banyak menghantui aku kini.Kehilangan seseorang yang hakikatnya tidak pernah aku rela banyak mengajar aku akan kehidupan. Membuatkan aku semakin sedar yang aku perlu berdikari. Hidup tanpa bantuan darinya dan kena biasakan hidup tanpa tegurannya selama ini. Aku seringkali memujuk hati agar tabah, tabah dan tabah... Orang kata, cinta pertama adalah segala-galanya.. tapi tidak bagi aku... Aku mengaku dia bukan yang pertama, tapi... tidak mustahil untuk dia jadi yang terakhir. Perasaan aku buat masa ini mati.Noktah yang panjang dan belum aku temui titik yang terakhir...Mungkin ada di persimpangan jalan, atau di penghujung jalan.... Jiwa yang rapuh menuntut kesabaran yang tinggi. Hati yang rindu menuntut cinta..Dan aku??? Merawat luka dengan airmata.....

Friday, November 13, 2009

i Just....


Aku tak tahu apa yang sedang berlaku skarang ni. Semakin aku cuba, semakin aku tak berdaya... hidup semakin tidak bermakna.. semakin kosong dan semakin tiada simfoninya... Apa yang aku tahu kini, aku mencintainya... dan aku kehilangannya. Tak daya untuk ku pujuk hati. Hanya kata-kata cinta yang pernah menghiasi duniaku suatu masa dulu menjadi cermin duka. Cuba untuk sembunyikan luka yang tidak dapat ditembusi dengan gelak tawa. Hati siapa yang mampu? Saat semuanya menjadi rumit, keadaan bertambah parah malah hati yang terkena bahangnya. Gurisan luka yang cuba dipadamkan dengan senyuman, malah mencipta parut yang tiada berkesudahan. Airmata yang cuba di tahan, menjadi butiran hujan yang membasahi segenap alam... Hati siapa yang tahan? bila debunga yang mewangi menyesakkan pernafasan dan menghalang seluruh kenangan untuk terus berpanjangan.... Dan.. di mana silapnya sehingga aku tidak sedar yang kasih kita sudah berjauhan....

Rembulan yang tidak mengerti


Sama seperti malam-malam yang sebelumnya, malam tadi, perasaan duka sekali lagi mengiringi malamku. Perasaan sayu dan pilu yang cuba aku elakkan tetap singgah dan bertandang di hati. Wajah rembulan yang kelam di dada langit mengocak ketenangan jiwa ini. Jika pada waktu-waktu begini, pasti kami sedang duduk bersama sambil menghadap santapan malam. Jam pada waktu itu baru menunjukkan pukul 9.11pm... Aku terfikir, jika bukan kerana sikap aku, pasti aku tidak akan mengalami sesuatu yang aku cuba elakkan selama ini. lambaian duka seringkali hadir tatkala aku bersendirian begini.. Aku rindu akan kemesraan yang lalu. rindu akan sms2 yang seringkali membuatku mencebik dan senyum seorang.. Kini semuanya sudah berlalu... semakin jauh dariku. Aku tak tahu, sampai bila harus aku dibebani dengan perasaan yang aku tak terfikir untuk alaminya. Seandainya kau mengerti,,, aku tak ingin akan perpisahan ini. Aku tidak pernah memintanya malah aku seringkali mengelak untuk menghadapinya... SUDAH~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Stop it~~~!!!!!

AKU BERJANJI~~~~~!!!!!! AKU PASTI AKAN TUNAIKAN~~~!!!!

BERHENTI MERATAP~~~!!!!

TERIMA HAKIKAT~~~!!!!

Thursday, November 12, 2009

24 jam yang menyeksakan.....


Urm.. semalaman aku menahan rasa. Aku mesti kuat. Kali ini aku dah capai langkah yang pertama. Aku try tak ganggu dia, tak msg dia, tak kol dia walau dalam hati aku meronta-ronta...menyakitkan hati.... Adoooiii~~~!!!! Tapi aku kena pastikan yang aku boleh!!!! semangat~~!!!!

Entahlah, rosak sangat dah jiwa aku nih.. Aku mcm dah putus asa dengan perasaan yang pilu tiada hentinya. Aku dah nekad sangat2, apa yang terjadi lepas ni, aku akan terima dengan redha.. Aku harus.... InsyaAllah...

Biarlah cinta yang mekar mewangi ini, aku simpan jauh dalam lubuk hati aku...

By the way... Tq sebab dah ajar aku banyak perkara, banyak sangat... Aku hargainya...And then, aku dah jadi semakin tabah skarang ni.. yey~~!! yey~~!!

Harapanku


Memang… aku masih mengharap sesuatu yang belum pasti. Yang tak pasti akan aku milki kembali. Aku tak tahu, terlalu sukar untuk aku mengikis baying-bayang dia di dalam jendela kenanganku. Menyakitkan segenap perasaanku. Aku dah mengelak sangat2 untuk berbicara soal dia… tapi, perasaan ingin meluah rasa hati yang gundah itu terlalu nyata, mewangi dan semerbak kasturi. Entahlah, bila aku akan dapat hadapinya. Hanya dapat serahkan semuanya kepada takdir dan masa..sedih siot~~~ seandainya kau mengerti…. Harapanku……

Kosong nyer jiwa aku hari ini~~~!!!

Wednesday, November 11, 2009

Menanti sesuatu yang tidak pasti...


Handset.. aku selalu pandang handset aku hari ni. Entah kenapa, mcm ada sesuatu yang tidak kena. Lain macam jerk... Lain yang aku tunggu, lain yang aku dapat. nape ek? urm.... rindu kat someone... senyap... sunyi... adUuuhhh~~!! jiwa kacau.... Bengang.... Jika benar cinta itu buta.. butakah mataku.... berkali terluka masih jua.. ku merindu.. Aku mesti kuat~~!!! bertahan~~!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

Cinta Ini Membunuhku


Hakhakhak~!!!! xda lah sampai buat aku mampus pun. Sakit tu memang lah ada..berapa hari ni dah aku tak menjamah nasi. start dari hari Ahad..Lapa? memang. Tapi aku telah berazam yang aku akan menjamah nasi/mee bila aku sudah.....Abaikan....

Pening jugak coz skarang ni tgh busy melatih bebudak tarian. Aku pandai menari ke? tidak lah. Ahhahahaha.. Kick Ku Saja... Boleh la sikit-sikit. aku dah tak ingat dah gerak tari. aku nak belajar semula sebab setiap tahun pasti ada persembahan tarian semasa MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH.. urm.. nantilah... Kalau ada rezeki, aku akan ikut kelas tarian sebagai mengisi masa "kosongku" di hujung minggu memandangkan aku sekarang dah "kekurangan" aktiviti pada hujung minggu. Kalau dulu lain la... Tapi zaman dah berubah... :(
Aku rindukan saat-saat dulu...I miss u dear... Ler... pulak... Abaikan....shhhh~~!!!

Aku nak bermonolog dalaman jap "...owez miss him..." ahahahahahaha....

isk~~!!!! dah! dah! dah! JANGAN BISING!!!!

Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang..... Anak sungai pun berubah, ini pula hati orang... mengapa di kenang....

Sepagi Yang kompius


Selamat pagi cinta….isk~~!!! Salah.. selamat pagi dunia...Urm… Pening… Ngantok…. Semua ada… Entah la… Jiwa aku semakin kosong.. Kenapa? Sebab aku memaksa diri aku melakukan sesuatu yang aku tak suka… Iaitu memaksa diri aku hipokrit…. Pura-pura gembira… Dan sememangnya, aku bukan setabah itu. Aku bukan sekuat yang papa sangka… Bukan… Aku… Lemah tidak berdaya.. hati terluka jiwa merana…Semua ada.. tapi aku kena kuat.. Kata papa pun…Isk.. merinsak sa nyawa aih….

Maka dah semangat dah bangun pagi tadik.. tang tetiba jak sayu ati.. Ingat ngan sidia yang jauh dimata.. isk~~!!! Urm..tension aku… Tolong aku wahai orang-orang yang bisa mengerti. Bagaimana harus aku lupakan semuanya….Aku tak sanggup. Semakin aku cuba melupa, semakin aku tak mampu…

Sakit pewut Yang Melampau


Aku sakit perut sangat hari ni. Rasa senak semacam... Bengang~~!!! Dah la sakit hati lom sembuh lagi.. Mampuih aku... Tapi takpe... Aku kena tabah, kalau dulu, if aku sakit perut, si dia lah yang paling risau sekali.. Tapi skarang ni, aku kena tabah. Aku kena cuba hidup tanpa dia... Aku kena cuba~~!!! Semangat~~!!!!!

Monday, November 9, 2009

Hari Selasa Dengan Sinar "cikit"


Waaaccccchhhhhhaaaaaa~`~!!!!!!! hari ini, aku lebih bersemangat dari hari-hari yang sebelumnya. Aku semakin tenang dan semakin dapat menerima hakikat. sebab petang semalam, aku minta tolong nasihat dan pandangan rakan-rakan pegawai yang ada di sini. Semuanya memberikan tindakbalas yang positif. Tak lama lagi, aku akan berjaya 100%.. best nya... InsyaAllah. Aku just nak hidup seperti hari-hari ceria sebelum ni.bukan apa, kesian tengok budak-budak yang jadi mangsa emo aku. Semalam pun, time dok tengok bebudak bersukan, air mata aku mengalir lagi untuk yang kesekian kali. Bukan apa, aku just teringat kata-kata dia.. "knapa kita boleh jadi mcm ni"... sedih... Tapi tak pe...Hidup perlu diteruskan. Buang Yang keruh, ambil yang jernih....Hehehehe.... Cool...

Sunday, November 8, 2009

Hari Isnin Yang Memeningkan....


Selamat Pagi Isnin… urm… Penat… Awal pagi dah berangkat dari sarikei ke skolah. Sampai skolah, tup-tup dan pukul 7.08am… Apa agaknya perasaan aku hari ini. Aku harap aku dah dapat terima kenyataan. Pening jugak aku sebab aku tak dapat tido dengan lena semalam. Aku terpandang-pandang jerk hp aku…Rindu??? Memang rindu sesangat… Isk~~!!! Lupakan lah.. jangan berbicara rindu lagi. Simpan kemas2… ada orang lain yang memerlukan. Jangan bazir sebarangan… Sekali lagi aku bermonolog…Aku semakin kerap memujuk hati agar jangan terus menyerah kalah. Hari ini, aku rasa agak ok… Agak la… ahaks~!

Aku terus masuk ofis spt biasa. Mata aku? Bengkak.. knapa? Sebab smalam aku menangis… Kenapa? Korang mcm tak tahu…Tapi hari ini, aku kena biasakan diri aku hidup tanpa dia di sisi.~~!! Chaiiiyyoookkk~~~!!!!

Agak bersemangat hari ini.. Agaklah… bukan apa… sebab…. Bila aku bukak pintu bilik dekat kuartes pagi tadi, mata aku terus menangkap gambar dia yang ada kat atas tv… Hehehehe… Ingat senang ke nak ubat luka… Persetankan itu semua… Aku Cuma tahu yang aku cintakan dia dan kini kami dah tiada apa-apa lagi.. Aku sedih? Biarlah masa yang merawat semuanya.. Aku kena belajar…Aku kena hadapi semuanya dengan tabah dan cuba untuk menerima ketiadaannya dalam hidup aku walau hakikatnya dia sentiasa wujud dalam hati…Simpan kenangan baik-baik.. semua masuk memori.. simpan masuk pendrive ke, disket ke... whatever la... Janji.. Jangan hilangkan.. Isk~~!! ke situ pulak dah...

Xpa… sabar… Masa akan merubah segalanya… InsyaAllah…

STOP~~~~!!!!!!!!!!!




harus stop~~~!!!! esok.. mulakan hidup baru.. jangan sampai yang dikendong berciciran pulak. Aku sanggup tak balik hari ni... Hari Ahad sepatutnya dah masok skolah, tapi aku tak balik coz, aku nak jumpa dia. Tapi disaat saat akhir, plan semua nya hancur lebur. Marah jugak aku dibuatnya. Aku dah sediakan something special utk dia.. but... Huh~~!!! abaikan jerk. Dah! dah! dah! Bangun!!!! Jangan terus melutut~~!!! sedar diri tu sikit... Perjalanan masih panjang. Ko harus kuat! Jangan Menangis lagi! Jangan!!! Robohkan perasaan cinta yang sedang membukit tu. Jangan diikutkan sangat rasa hati... Ah~~!! tak guna aku pujuk hati yang sedang rawan. Aku sedang cuba mencabar keegoan aku sendiri. Aku tak sangka yang aku boleh jadi Sefrust ini.. Aduh... Kau harapan hidupku, kau sinari jiwaku.... Isk~~!! Wake up~~!!! Jangan menyerah kalah, kalau dah tak jodoh, dipaksa pun tiada gunanya... Bertenang dan fikir masa hadapan. Jangan Fikir lagi perkara yang telah banyak melukakan hati!!!

Senaraikan Harga Nikon

Kepada sesiapa yang mempunyai makluman mengenai kamera nikon terbaru... yang lama pun tak pe... sila listkan kpd saya termasuk lense nya skali k. kerjasama dr anda sangatlah dihargai.

sekian.....

Saturday, November 7, 2009

Aku tak mampu...


Hari ni dah hari Ahad... tadi.. pukul 2.45pm, aku jumpa dia kejap..aku cuba nak tahan airmata.. tapi aku tak bisa. betapa menyeksa jiwa aku. aku tak mampu... sedangkan kami tidak berbicara. tapi airmata aku tetap mengalir sedangkan aku sudah sedaya upaya utk menahan... aku tak mampu nak menipu lagi tentang perasaan aku yang terlalu robek... sakit sangat...aku bukan nak menagih simpati dari dia,tapi sesungguhnya, aku langsung tidak mampu.. sangat2 tidak mampu. aku telah berusaha sedaya yang mungkin untuk tidak lemah di depannya, tapi hakikatnya, aku tersungkur lagi... Memang aku sangat terluka.. tak dapat aku ungkapkan dalam bentuk bicara, terlalu terluka hingga tiada siapa tahu kapan akan sembuhnya. Tapi aku rela, jika masih ada sinar untuk kami, maka teranglah jalannya nanti... cuma untuk ketika ini, aku masih tidak mampu untuk menepis setiap kenangan yang seringkali berlegar diruangan mata... Aku benci akan hati yang terluka tetapi tidak mampu untuk merawatnya...

Mulakan harimu dengan senyuman...


Esok aku kna mulakan hidup baru. ketepikan semua masalah aku dan jaga perasaan aku sendiri. aku kena konsentrat dengan kerja dan melupakan masalah peribadi yang telah banyak menyakitkan hati pada minggu lepas. aku mesti kembalikan semangat aku yang hilang gara-gara putus cinta. aku kena luangkan banyak masa dengan student dari aku dok dalam bilik tgk tv yang mana tepi tv dan atas tv tu ada gambar dia. aku nak alihkan ke tempat lain, terasa sayang sebab sehingga kini, kedudukan dia dalam hati aku masih tidak berubah. mungkin akan memakan masa tapi tak tahu sampai bila... apa-apa pun, thanks sebab pernah buat mama rasa di sayangi....

hilang selera makan utk seketika


Aku rasa malas sesangat ari nih... malas.. nak balik skolah ptg ni pun rasa macam cekodok masuk mulut... kenapa? sebab aku tk nak.. aku balik skolah nanti, susah aku nak kol dan sms someone. bukannya bolah guna sebarang telefon ofis.kalau jenis yang entingal tak dengar kata dan nasihat tu, boleh ler bencer2 guna fon ofis. tapi minggu lepas, aku terpaksa langgar arahan, memandangkan masalah aku berada ditahap yang kritikal... tapi masalahnya skarang ni, benda tu pun tak leh nak settle... sedih la jugak. sampai aku nak makan pun tak lalu...hilang selera aku dibuatnya. nak tahu kenapa? sebab aku makan hati berulam jantung... aku siap order aikmata lagi. banyak jugak... sampai lencun towel... (konon-konon ler).... tapi memang.... jadi today... aku malas.... takde mood.. masih fikirkan benda yang sama...

Kerana Ego....


Aku teringat satu petikan kata-kata yang banyak membuat aku berfikir jauh di mana adakalanya seringkali lemparan kata-kata perempuan ego datang menerjah ke arahku...

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai dari pada kehilangan seseorang yang kamu cintai, karena egomu yang tak berguna itu……..

dan.... ternyata kata-kata itu ada benarnya... Kerana ego itulah yang menyebabkan aku kehilangan seseorang yang aku selalu pertahankan selama ini. Kerana ego jugaklah aku mengabaikan teman-teman.. dan kerana ego itu jugaklah aku tidak mahu mengalah dengan kehendak keluargaku.. dan kerana mempertahankan ego itu, aku kehilangan seseorang yang selama ini aku seringkali pertahankan....

Betapa pentingnya seorang SAHABAT


Semalam... akibat rasa gundah yang tidak bertepian, aku mengadu pada seseorang yang sudah lama tidak aku hubungi. Baru aku sedar, dia masih ambil berat akan kehidupan seharian ku. ku kira, dia sudah tidak sudi untuk menjadi temanku. Tapi tekaan aku tersasar jauh. Dia masih sahabatku yang dulu...sahabat yang memahami. Namun, kata-katanya kini jauh berubah...lebih mendalam maksudnya malah banyak memberi ruang kepada aku untuk aku berfikir sendiri. Aku malu.... Malu dengan sikap aku yang pernah mengabaikan mereka suatu masa dahulu di saat cinta di hati mekar kepada si dia... Jahat sangatkah aku.... Aku menangis teresak-esak saat aku khabarkan kepadanya aku telah terluka. dia turut bersimpati dan memberikan ruang kesabaran kepadaku. Baru aku sedar, tegurannya selama ini amat bermakna bagiku. Bagaimana dia cuba menghalang aku, dan memarahi aku. Tapi, kerana cinta, aku abaikan kata-katanya, peringatannya dan kemarahannya. Dengan muka malu, aku ucapkan terima kasih dan memohon maaf kepadanya kerana masih menghargai aku sebagai sahabat walaupun aku telah banyak melukakan hati mereka...

SAHABAT bisa marah
tapi tak bisa benci
SAHABAT bisa menangis
tapi tak bisa melihatmu menangis
SAHABAT bisa diam
tapi tak bisa diam melihatmu disakiti

Hidup perlu diteruskan...


Isk-isk-isk...best jugak lagu meraung nih... dah lama bebeno tak dengar lagu nih. time hati tengah diusik kepiluan ni, seronok jugak layan jiwang. Makin la hati tambah sedih. Tapi orang kata, hidup perlu diteruskan. Tadi aku tanya abang aku, kenapa kebanyakan lelaki tidak peduli perasaan wanita yang ditinggalkan oleh mereka.... Kebanyakkan ok.. bukan semua.. Lalu abang aku menjawab, untuk pengetahuan nko, semua tu ada hikmah disebaliknya. Mungkin lelaki tersebut hendak menyerahkan perempuan yang ditinggalkannya kepada orang yang lebih layak untuk perempuan tersebut memandangkan lelaki tersebut tidak berkemampuan untuk memenuhi kehendak perempuan tersebut. Ada lagi, dorang tinggalkan perempuan (GF) adalah untuk memberi pengajaran kepada perempuan tersebut supaya bijak menghargai. Kerana, kebanyakkan perempuan, walau pun tidak semua, akan jatuh egonya bila kekasih hati bertindak meninggalkan dia. Kenapa abang aku cakap ego perempuan jatuh, sebab ada yang merayu untuk dikasihani dan berjanji akan berubah. Lagi satu abang aku kata, orang lelaki, kadang kala walaupun dah meninggalkan kekasih dorang, dorang masih ambil kisah. Ada ketikanya dorang buang sebab dorang dah tak suka, mungkin juga kerana ada perempuan lain yang lebih menarik minat mereka...Jadi, point nya disini ialah, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor... Tapi bagi saya, memang bunga banyak, kumbang pun banyak, tapi untuk mencintai seseorang sebagaimana aku mencintai dia, adalah sangat sukar. Aku cinta dia lebih dari apa yang aku telah berikan cinta pada first love aku.. aku sayang dia... aku cinta dia... aku sentiasa rindu dia.. tapi aku tak ada keberanian nak ungkapkan... kenapa? sebab aku takut hati aku menipu... kenapa? sebab aku takut aku terluka... kenapa? sebab luka di hati amat menyeksakan.. tapi skarang, hidup perlu diteruskan.... Ambik sebagai pengalaman.... InsyaAllah...

Friday, November 6, 2009

bengang...

hancur~~!!!! isk... xtau nak cakap apa... apa yang aku rasa skarang ni, just sdih sangat2... :(

Punah semuanya....


Aku terdiam..kelu dan membisu... semalam dia tinggalkan aku. sedih? memang sedih sangat... semalaman aku berduka cita. Seolah-olah aku tidak dapat menerima kenyataan.... Memang itu hakikatnya. Kepala otak aku rasa nak pecah.... Hubungan yang cuba dipertahankan selama ini, lumat... hancur dan punah semuanya. Aku tak dapat nak gambar kan kesedihan aku. Menyakitkan. Aku sedar, semuanya berpunca dari sikap aku sendiri. Tapi, langsung tiada ruang untuk aku. Siapa yang mampu? Aku terlalu sayangkan hubungan ini, malah aku terlalu sayangkan dia. Namun, siapa aku untuk menghalang kehendakNYA. Andai tersurat sampai disini sahaja hubungan kami, aku kena terima walau hakikatnya aku tidak rela.... Aku tertekan....Sakit....Somebody help me....

Thursday, November 5, 2009

SUKANEKA PIBG 2009



Uiks~~!!! Lelah aih... seari-ari tok gago ngan sukaneka PIBG di skolah... dah la panas. menggigit-gigit tangkai jantung hati kepala aku... nak muntah saya di buatnya..... Panas giler... Apatah lagi saya ni penyelia peserta merangkap setiausaha yang tidak bertauliah utk sukaneka ni. Uiks... menggigit-gigit tulang temulang dibuatnya...Panas...Panas..Panas... Pusing.. Pusing.. Pusing... Muakakkakakakakkaka.... Rami la... banyak orang... Semuanya membengangkan.... Huh~~!!!!! dah la kepala otak pun bengang nih.. sengal lagi tuh.... I miss someone so much.... Waaaa.... but.. who cares??? hati saya lagi kemarau... kemarau sangat......Kemarau yang mengakibatkan ikan mati.. muakakakkakaka....but.. Who Cares????

Wednesday, November 4, 2009

Ada masanya kita terluka... namun.....


Ada masanya kita terluka, namun itu perkara biasa. Tiada yang tahu malah keperitannya hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Perkara biasa itu kadang-kadang membuatkan kita semakin matang dalam menjalani hidup seharian... Kita terluka bukan atas kerelaan kita. Siapa yang mahu sakit? Siapa yang mahu terluka? tiada siapa..... Bagi orang yang menganggap luka itu perkara biasa, itu adalah pandangan mereka yang sudah lali dengan kelukaan. Kalau terluka pada tangan, kaki dan fizikal yang lain, itu agak selalu kita dengar dan mudah sembuh. tapi luka di hati? siapa yang tahu akan parahnya jiwa? siapa yang tahu betapa dalamnya luka tersebut? Bila akan sembuh? Apa ubatnya? Tiada siapa yang tahu... hanya yang mengalaminya dapat merasai keperitan. Aku???? Hanya airmata yang menjadi saksi betapa teruk dan parahnya hati saat ini....

Tuesday, November 3, 2009

Hari Yang Suram


Oh~~!!!! pagi-pagi dah hujan. Dengan perasaan aku yang renyuk ini, aku tetap gagahi kaki yang lemah untuk bangun dan menuju ke bilik mandi. Jam telah menunjukkan pukul 5.25am... Aku mandi sepuasnya. Cuba meredakan jiwa yang gundah gulana. Aku semakin takut bila mengingatkan penyelesaian masalah kami pada hari sabtu ini. Kalau boleh, aku tak nak ada hari sabtu dalam minggu ini. AdooOOoohhh.. Pening... semalaman aku menangis sehinggakan aku tertido. Aku dah lama tak rasa perasaan sebak sebegini. Terlalu menghimpit rasa dan menyengat naluri kewanitaan aku. Habis mandi, aku siap-siap nak turun kerja. Tanpa secalit gincu or mekap, aku turun ke pejabat dengan baju yang tidak di iron. Langsung tiada minat aku untuk meneruskan pekerjaan... Rasa nak baring-baring dan dan sembunyi bawah selimut jerk. Tapi bila ingat akan tanggungjawab, aku mesti turun dengan mata yang sembab... merah dan bengkak. Aku rasa pilu semacam. Sayu tak payah cakap la... dengan mudah je titis mutiara bergolek keluar dari kelopak mata aku.. Aku termenung seketika sebelum aku mengambil fail perpindahan pelajar antara bahagian di atas meja aku. AdoOOoh... Semangat~~~!!!!!! aku kena teruskan hidup. Tapi, untuk sementara waktu ini, aku tidak mampu untuk menyingkirkan kenangan manis yang menggigit tangkai hati aku ini...

Sebak rasa di hati aku saat aku terpandang gambar kami di dalam frame atas meja itu. Aku memusingkan gambar tersebut agar pandangan aku lari ke arah lain. tetapi aku tidak sampai hati. betapa berharga gambar tersebut dalam hati aku. Aku tak sanggup kehilangan cinta yang telah aku semai sekian lama... Apa harus aku lakukan untuk membiasakan hidup aku tanpa kehadirannya selepas ini. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba Mu ini. Sesungguhnya, Hanya Engkau Tuhan Yang Maha Mengasihi...

Sepi Sekeping Hati


Semalam aku mencuba lagi untuk menghubungi nya, seperti hari-hari yang sebelumnya, masih dingin dan kaku.Perasaan sebak menjalar dalam hati menyebabkan aku terpaksa menahan sendu yang semakin menjadi. Entah mengapa, aku rasa semakin takut dan kelam kabut. Aku tidak sanggup malah tidak ingin untuk mengingatinya skalipun. Gambar cinta kami berdua aku tatap penuh syahdu dan segaris senyuman terukir di bibir bila aku kenang semula saat-saat indah kami berdua. Tapi, sedikit sebanyak aku sedar.... Kami semakin jauh dan tidak tercapai dek tangan.. Airmata merembes keluar semahunya, terus terang aku katakan, luluh terasa jantung aku bila aku kenangkan akan hubungan yang hancur angkara perbuatan aku sendiri. Sesungguhnya aku menyesal...Tetapi apakan dayaku, takdir telah menentukan semuanya. Untuk merayu? Oh tidak... tidak akan sekali-kali aku lakukan kerana... dia berubah kerana aku... dia terlalu baik untuk aku. Aku telah menabur cela dalam hubungan kami. Tapi tahukah dia, perasaan aku tak pernah berubah... Aku akui, aku kurang berkongsi suka duka aku dengannya dalam apa jua hal skalipun, tapi..aku terjerat.... Andai TUHAN memberikan peluang kedua untuk kami, akan aku hargai perhubungan yang semakin ke garisan penamat ini.... Duhai hati.....bersabarlah...

Mengapa Dirindu.....


Aduh....

Insan ku sayang, kini menghilang.... musnah lah sudah, harapan kita bersama. tidak kah kau ingat dulu, kenangan bersama, indah cinta yang kau beri, disaksi rembulan.....

Im soRRy sayang... if dah banyak lukakan hati lamak tok...

Duhai Hati....
semalam aku hantar msg kat dia... langsung takde respon.. sedih? sangat2 sedih... if i kol... he say "bz"... Owh... urm, apa nak jadi? aku rasa sakit jiwa...sakit hati...dan sebagainya. mengapa aku harus hadapi keadaan yang tak pernah aku inginkan???? tapi bila aku check (on9) number dia, bersepah-sepah msg dia ngan orang lain? kenapa???? dan salah seorang yang dia sms tu, aku kenal sangat2... Owh... nampaknya tora datang lagi.

xpalah. mybe aku harus akur ngan semua tok. dan.. nektok aku dah rasa gilak akan kehilangannya. tok jak oleh ku kali, kotan x duli ngannya agik. isk~~!! sedih nya... sampai ke malam aku tunggu dia call back and then msg aku, tapi, ku timang kasih ku timang sayang... anak punai anak merbah,terbang turun buat sarang. anak sungai pun berubah, ini pula hati orang, mengapa di kenang.....

Monday, November 2, 2009

Duhai Hati


Duhai hati...Engkau tidak pernah tenang sejak akhir-akhir ini. Malam tadi aku bermimpi lagi, di mana aku duduk semeja dengan dia dan seorang perempuan yang mempunyi tahi lalat di tepi dagu.. Aku hanya duduk dan menjadi pemerhati yang aku tidak tahu apa puncanya aku ada di situ dan kenapa aku harus berada di situ sedangkan perempuan tersebut suatu ketika dahulu pernah menimbulkan sengketa di antara kami. Aku hanya memerhati dan memandang dengan hati yang penuh sayu kemesraan yang mereka tunjukkan malah ada seorang kanak-kanak yang aku cukup kenal ada bersama mereka. sedih dan terkilan, HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI.. tanpa aku sedar, aku turut menitiskan air mata... dan air mata yang mengalir itu membuatkan aku terjaga dari mimpi yang aku tidak mahu tahu kesudahannya... Aku terjaga dan masih ada sisa tangisan di tubir mataku. aku memandang jam yang sedang menunjukkan pukul 3.20am... Duhai hati.. bersabarlah...... TUHAN MAHA MENGETAHUI SEGALANYA......

RIMAS~~~!!!!!

The Fabulous Cats - Rimas

Lari, lari, lari
Aku lari tingalkan semua ini
Untuk mencari, cari, cari
Ketenangan diri

Pergi, pergi, pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafaskan kata dari bibir
Adakahnya dari hati
Mungkin kau tak fahami maksudnya yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

(Korus)
Mengapa
Aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas, rimas aku rimas

Rap
Tidak pesona kecundang
Istana jiwa ku goyang
Roboh dan tumbang
Sawan ku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang-siang
Bukannya alang-kepalang datangnya perang
Dan bawa ku ke jurang
Pulanglah sayang janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garang ku Terbang melayang
Terbongkang ku terbangkau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang kira ku tak diundang ku rapuh
Semua tak bertiang janji ku kini kan berulang

(Ulang korus)

Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Untuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi, kini ku pergi
Tinggalkanmu



Nang layan lagu tok wei~~!!! Papapapapapapapapapa~~!!!

Sunday, November 1, 2009

Aku Sakit


Lagu towk... nang best... buat cinta....

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

Dont Speak~~!!!


You and me
We used to be together
Every day together always

I really feel
Like I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end

It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me 'cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me 'cause it hurts

Our memories
They can be inviting
But some are altogether
Mighty frightning

As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

(CHORUS)

It's all ending
I gotta stop pretending who we are
You and me
I can see us dying...are we?

Off Day


Today Aku ambik MC... tak sihat. bukan apa... demam terkejut, nak tahu kenapa? sebab aku terluka kecewa gundah gulana merana di jiwa. sengal siOt~!!! sedih siOt~~!!! tapi xpa lah... aku tok jenis yang penyabar. kata saya pun tek. Sabar jak la. Aku try nak jadi wanita yang tabah dan bersedia menerima hakikat~~!!! Semangat~~!!!! tapi, mampukah aku??? Oh tidak~~!!! Inilah rasanya terluka~~~!!!! Meleleh~~~!!!!!!

Warkah Jiwang Mambang Buat Cinta


Buat Insan Yang sentiasa berada di hati....

Salam Sayang dariku Untukmu wahai cinta,

Aku bukan penyair cinta, malah bukan penggubah bicara, walau tidak seindah bahasa, namun inilah kata-kata yang lahir dari jiwa... hanya buatmu..wahai cinta

terlebih dahulu, ku pohon sejuta kemaafan seandainya bingkisan luka yang aku layarkan mengganggu ketenangan danau hatimu..... Bukan niatku, malah bukan mahuku mengganggumu setelah sekian lama aku menganyam sengketa yang aku sendiri tidak tahu puncanya. Bukan Mahuku...bukan Juga Niatku.

Cinta...
Pahit, perit dan pedih seluruh jiwa dan perasaanku. dirimu tahu kenapa? Aku tidak menyangka, begini akhirnya penghujung hubungan cinta kita..Sengketa yang telah menyakiti hati kita. aku tahu, aku punca segalanya yang berlaku....aku menyakitimu, merobohkan kepercayaanmu malah menyeksakan jiwamu. namun harga yang harus aku bayar kini, tidak mampu untukku tanggung kerana sesungguhnya, jiwa yang menjerit menyebabkan seluruh hati ini sakit.

Kasih...
Walau hanya dalam mimpi, dirimu tidak pernah lekang dari sanubari. setiap kata yang terlukis, hanya berbicara tentang dirimu... engkau tahu mengapa? kerana cintaku tiada duanya... Mungkin sikap tidak ambil endah aku selama ini yang memakan diri. Sehinggakan engkau bertekad untuk tidak menyelesaikan keadaan yang semakin kusut ini. Tahukah engkau wahai kasih, betapa rapuhnya jiwa aku saat aku sedar yang kita semakin jauh dan semakin jauh.

Bintang Hati...
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi. Mungkin juga bukan jodoh kita untuk bersama. Aku tahu engkau sudah menelan banyak kesabaran selama engkau menjadi bintang hatiku. Engkau layan segala kerenah manja yang terkadang aku rasa engkau turut bengang dan sengal untuk melayannya. Tapi apa dayaku. aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Aku mengabaikanmu hanya kerana aku tidak tahan mendengar jenaka berbisa dari mulut kebanyakkan manusia yang tidak suka akan kebahagiaan kita agaknya. Sedih? memang aku sedih... terlalu sedih.

Andai bulan bicara....
Aku sudah cuba untuk memperbaiki keadaan agar kita sama-sama membina semula ikatan cinta yang hampir terlerai. tetapi aku tahu hatimu. Engkau terluka dan dan kecewa dengan tindakan aku yang telah mengabaikan perasaanmu. Maafkan aku sayang... aku cuma mencuba lari dari masalah. bUkan lari dari cinta kita. Tidak akan bisa aku ungkapkan kata betapa aku mencintai..Andai bulan bisa bicara, pasti akan aku minta pertolongannya untuk mengkhabarkan rasa jiwa yang penuh dengan gelodak cinta ini....

Senyumlah Hati...
Kita semakin jauh..pergi dan tanpa berpaling lagi. Siapa yang harus dipersalahkan seandainya keadaan tidak memihak kepada kita. Cuma apa yang aku rasa kini, rasa takut kehilangan yang aku rasa semakin dekat di hati. Aku Takut kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku terfikir untuk hadapinya... Senyumlah hati, jangan biarkan dukaku ini menghapus sinar kegembiraan di wajahku.. Jangan biarkan aku terus hanyut melayan rasa duka yang tidak bersempadan.

Pintaku Yang terakhir
"Inginku pandang wajahmu, di setiap ketika, tiada jemu biarpun terluka. Ingin dibelai selalu, bagaikan waktu dulu...rasa bahagia dalam dakapanmu.... Ku rindu wajah dan senyumanmu... memberiku cahaya di dalam setiap mimpi-mimpiku...kau pergi, membawa hati ini.... tinggalkan ku sendiri, dalam sepi.................."
Aduh... sedih aaaaa.... Semuanya berpunca dari sikap aku yang tidak menghargai malah mengenepikan insan yang banyak membakar semangatku selama ini..

Maafkan Aku...
Aku pasti akan baiki segalanya jika diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan...Maafkan aku....Tapi.. andai ditakdirkan bukan jodoh kita.. Izinkan selamanya namamu dihati...

Maafkan aku mengganggumu
Cuma ku ingin kau tahu
Ruangan dihatiku hanyalah untukmu
Hari hari ku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku pasti ada kamu

Andainya engkau tahu perasan hatiku
Pastinya kau kan tersenyum diwaktu manis harimu
Biarkan biarlah tau teguh auranya (cintaku) (teguh) kerana kamu
Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu

Izinkan aku dekatimu
Inginku tawan cintamu
Agar dapat ku jadi dewata hatimu


For u... My Beloved Dear....

Sudah Lama.............


Akum semua... salam sejahtera semua.....

dah lama tak berkecimpung dalam dunia blog ni. aku stop pada tahun 2007 memandangkan aku sibuk sepanjang tahun.. aku terus tak ingat pasal pswd dan email aku memandangkan aku banyak email yahoo dan sebagainya. email utk goverment lagi... email kengkawan....and more....

aku buat blog ni pun memandangkan sejak akhir-akhir ini jiwa aku semakin kacau. kosong dan x tauk nak madah apa.... kosong sekosong kosongnya. HANYA TUHAN YANG TAHU.....

Aku suka sebenarnya berkongsi cerita di atas kibod...kipad....dari aku bercerita face to face.

Sekarang ni, jiwa aku tengah kacau. fikiran aku meracau dah hati aku kacau bilau.

Siapa yang harus dipersalahkan???